Wednesday 18 February 2015

Baju Cheongsam


cheongsam telah lama diperkenalkan dan dipakai oleh wanita china sejak zaman berzaman.Walaupun revolusi 1911 menggulingkan permintaan China iaitu pemerintahan dinasti Qing (manchu) namun,pakaian tradisional wanita ini tetap terselamat dari perubahan politik.

CIRI-CIRI : leher yang tinggi,butang pada bahu,bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.Diperbuat daripada kain sutera,satin dan pelbagai jenis kain yang lembut.

Baju Samfoo

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek kantonis.Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan cina selain dari Cheongsam.Ia digemari oleh wanita wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang,lombong atau di rumah.Samfoo turut dipakai oleh lelaki cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita cina.

CIRI-CIRI: Samfo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.Baju yang longgar dan terbelah dihadapan dan berkolar tinggi serta dipakai seluar longgar.Diperbuat daripada jenis kain lembut atau kain sutera.

Jubah Labuh 

Jubah labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki berbangsa cina semasa Tahun Baru Cina.Kebanyakan masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam benang hias emas dan perak.